Time is Priceless

Pages

Saturday, March 4, 2017

Perjalanan

Perjalanan saya di dunia ini bermula dari Allah kepada Allah ❤️
Saya dihidupkan di dunia ini adalah bertujuan untuk menegakkan agama Islam dan memperjuangkan agama yang dibawa oleh baginda Rasulullah S.A.W.
perjalanan-hidup-manusia
Perjalanan Kehidupan Manusia
Kita masih berada di alam dunia dan kita masih mempunyai perjalanan yang panjang sama untuk menuju ke syurga ataupun neraka.
Usai kita berada di alam dunia kita akan menuju ke alam kubur di mana jasad kita sudah mati hanya roh sahaja yang hidup.Di alam kubur kita tidak akan ditemankan oleh sesiapa, hanya kita seorang sahaja yang berada di dalam kubur yang gelap itu.
  • Di alam kubur kita akan dikunjungi oleh malaikat Munkar dan Nakir. Malaikat munkar dan nakir akan bertanya kepada ahli kubur tentang Tuhan,Agama dan Nabi.Setiap orang yang lulus dalam ujian alam kubur akan merasakan kenikmatan, manakala orang yang tidak lulus ujian alam kubur akan mendapatkan azab dan penderitaan.
Perjalanan kita masih panjang wahai kawan-kawan.Sedarlah kita bahawa kita hanya hidup di dunia ini untuk sementara dan akhirat selamanya. Kejarlah akhirat melebihi daripada dunia nescaya kamu akan hidup bahagia di syurga. 😊

Lot of Love,
Syafiqah Raihan 💕

No comments:

Post a Comment